Powered by Blogger.
RSS

kembalikan SEMANGAT!!!!!!!

Jun-Julai...
Bulan yang cukup sibuk dan mencabar kekuatan fizikal dan minda...
kadang2 rasa 'rebeh bahu' dek kerana terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan...tambah lagi pertengahan bulan Julai ni akan mula berpuasa...
*Rindu Ramadhan*
segala aktiviti kokurikulum perlu diselesaikan sebelum puasa..termasuklah kerja-kerja pengkeranian...program2 akademik pula banyak yang nak dilancarkan sebab musim peperiksaan semakin tiba...sabtu ni ada lagi event sekolah yang wajib-Hari Bertemu pelanggan aka Hari Terbuka.
buku teks baru pun dah banyak terdampar di office...belum sempat nak ambil pun..sekadar jeling2 je masa punch card...kak bad pun dah tanya bila nak angkut masuk BOSS...nanti ye kak bad...huhu
aduhai...selagi masih bergelar pekerja..selagi itu kerja sentiasa ada dan berterusan...
rasa terlalu ingin bercuti...pergi tempat2 yang menenangkan..yang menyejukkan hati...yang melapangkan minda....ah,alangkah indahnya jika dapat menyentuh kuntuman mawar yang lembut di Tanah Tinggi Cameron....sehari pun cukuplah...2-3 hari lagi bagus.hehe
kalau dapat ke situ pasti akan lebih bersemangat untuk laksanakan tugas!!!
nak ajak siapa eh?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...