Powered by Blogger.
RSS

Bila sampai suatu tahap...

Rentetan kisah yang berlarutan...dari satu tragedi ke satu tragedi...dari februari hingga oktober...

Yang sabar jadi marah,
Yang tenang jadi resah,
Yang semangat jadi lemah,
Yang tabah jadi rebah....

Bila diri sudah tak mampu mempertahankan,
Terima sahaja kesalahan yang ditujukan...

Jika TAMPARan itu diterima,
Terima jugalah pengunduran yang diminta...

Perlukan angin baru untuk bernafas...
Perlukan semangat baru untuk cuba berlari lagi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

...............

Cuba meniupnya perlahan-lahan sehingga hilang...
Seperti air yang panas akan menjadi sejuk.


Yang dimiliki kembalikan...
Yang dilihat padamkan...
Yang diharap hilangkan...


Sandarkan pada Yang Satu,
Walau selalu rapuh...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Musibah Menyapa...

Menggigil lutut, hilang kewarasan fikiran bila melihat lori itu mengundur tanpa henti walaupun aku telah menekan hon sekuat hati....
Dan...kenderaanku melekap di bahagian belakang lori...dalam keadaan bersendiri menghadapi situasi itu, aku sangat bingung dan terpempam...hampir 4 tahun memandu inilah kali pertama aku merasainya...walaupun ketika bersama mr.fordy [yg sangat aku rindui], aku pernah tersasar di tebing jalan, tp itu sememangnya atas kecuaianku sendiri.
Tapi hari ini aku buntu..salah aku atau salah dia atau salah kami berdua...aku benar2 rasa terkapai2 seorang diri. Apatah lagi dia itu tidak cuba berlembut denganku membuat aku rasa ingin marah juga...
Kasihan dan sedih melihat 'teman jalanku' terluka, remuk, retak, dan patah...begitulah juga gambaran hatiku ketika itu...
Dan, perjalananku bersama sahabatku ke Kota Tinggi terpaksa ku batalkan...sememangnya sebelum perjalanan itu, hatiku sudah merasa tidak tenang...aku memandu dalam keadaan emosi yang tidak stabil walaupun bibir dan hatiku melagukan astaghfirullah halazim berulang kali....
Pulang ke rumah, perasaanku yg bercampur baur mula mengendur ketika aku cerita dengan beremosi kepada mak, ayah, abg lan, kak ini...pelbagai cadangan dan nasihat mereka hulurkan padaku...ketika itu aku benar2 sedar...
Musibah ini dari ALLAH...
ALLAH sedang menegurku...
Banyak kekhilafanku yang seringkali ku ulangi...kerana aku mudah dan selalu lupa. Aku jarang belajar dari kesilapan masa lalu...
Walaupun hati sedih, aku mula rasa hikmah dariNya...
Kata2 lembut ayah dan mak...keprihatinan abg lan dan kak ini serta amir, buat aku rasa sangat bersyukur punya keluarga yang teguh di belakangku dalam apa jua situasi..
Dan aku belajar sesuatu yang selama ini tidak aku titikberatkan...sebagai pemandu wanita, aku harus lebih berhati2 dan sentiasa update pengetahuan berkaitan peraturan dan keselamatan jalanraya...serta bagaimana cara berhadapan dengan masalah/musibah yang tidak dijangka...
TERIMA KASIH ALLAH...
MUSIBAH INI AKAN KU JADIKAN IKTIBAR DAN PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG SELALU LALAI DAN ALPA PADAMU RABBKU...
TERIMA KASIH KESAYANGANKU:MAK DAN AYAH...SERTA KELUARGA ATAS SOKONGAN DAN DORONGAN...

Musibah ini menyapa kerana aku alpa,
ALLAH menegur kerana sayang hambaNya,
Perbaiki diri dan iman setiap masa,
Kerana kebergantungan hidup ini hanya padaNya,
Harta dunia pinjaman semata,
Jangan diagung dan dibangga,
Kerana DIA boleh mengambil bila2 masa,
Semuanya terletak ditanganNya...
~Mahasuci Engkau Tuhan Pentadbir Sekalian Alam~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Yang Bersalah...

Semalam yang pergi...aku selalu mengeluh bila bumi basah kerana titis-titis hujan...
Semalam yang pudar...aku selalu merungut bila mendung menggelap langit dan awan...
Semalam yang takkan kembali...aku menjadi insan tak bersyukur dengan rahmat tuhan...
Petir dan kilat menyambar hati dan fikiran.
Petir dan kilat memancar kekhilafan...
YA TUHAN...
Betapa aku selalu lupa bersyukur...
Betapa aku selalu lupa bertafakur...
Rapuhnya iman, nipisnya kesabaran...
Dimana aku dibumiMu ya Ar Rahman?
Aku bernafas,
Aku berbicara,
Aku melihat,
Aku merasa,
Aku berjalan,
Semuanya dariMu Tuhan...
Tapi seringkali aku lelah bila Kau beriku ujian...
Dimana aku disisiMu wahai Pemilik sekalian alam?
Aku takut tersisih dan menjauh dariMu..
Aku ingin dekat dan rapat...
Aku ingin selalu bermunajat...
Bantu aku Ya ALLAH...Tuhan sekalian alam..
Mencintai kekasihMu yang mulia...
MencintaiMu Yang Teragung seluruh alam semesta...



Untuk hari ini, hari esok dan hari yang mendatang...
Semalam yang ku tinggalkan jadi pedoman dalam kehidupan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Larut Malam....

Dalam hitam pekat malam...
Muhasabah mencari yang indah disebalik resah dan gundah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...