Powered by Blogger.
RSS

SMS~~~~>RINDU! [entry lama, baru nk post]

Semalam entah kenapa masa melayan FB, tiba-tiba rasa nak belek nota-nota lama...lantas, dengan segera sy mencari kunci laci dan membuka peti rahsia yang selama ni menyimpan pelbagai khazanah dari zaman sekolah sehingga zaman universiti...

Banyak sangat yang nak dibelek, sy pun amik satu buku ni. comel.[sy memang suka mengumpul buku yang rekaannya comel.hehe]. Bila buka je buku tu, terus hati rasa hiba. Kenapa? sebabnya buku tu penuh dgn sms daripada teman-teman ketika belajar di UiTM Melaka dan UiTM Shah Alam...termasuklah sms antara sy dengan seseorang yang pernah mengukir satu kenangan pahit dan manis...

YA ALLAH...antara sedar dan tidak, sudah 5 tahun sy meninggalkan zaman universiti [UiTM in memory 2002-2007]..betapa dalamnya rindu sy dengan teman-teman yang pernah bersama susah dan senang ketika belajar dahulu.owh, benar-benar rindu!sampaikan berderai juga airmata membaca sms mereka [*malu*] sy sangat rindu dengan saat-saat:

  • kami berjalan kaki dari kolej ke fakulti dengan gigihnya [sbb UiTM popular dengan bukit tonggek..hehe]
  • kami berkongsi maggi dalam satu mangkuk yang sama..sekalian dengan kongsi cawan,sudu, pinggan,..hampir kesemuanya...[kadang2 dalam keadaan tangan yg masih bercat, muka comot berminyak..tapi kami tak kisah...]
  • kami lepak bersama-sama di kedai mamak seksyen 7...makan nasi mamak yang banyak & sedap dengan harga RM3.60 sahaja..sekarang tak tahu berapa?
  • kami stay up ramai-ramai di studio fine art [kalau dah tension buat artwork, layan movie ramai-ramai, bila dengar je bunyi motor pak guard, kelam kelibu tutup lampu dan menyorok..hehe]
  • kami berkunjung dan melawat pameran seni dari satu galeri ke satu galeri...
  • kami berlatih experimental music tak kira siang dan malam [rindu dengan geng-geng Purple Beat] dari barat ke timur, timur ke utara kami perfom...
  • kami menonton drama korea malam-malam [sambil memuji kekacakan dan kecomelan hero & heroinnya]dan berharap dapat pakwe kacak macam hero tu..haha
  • kami berjimba-ramba dan bergambar dengan kamera DSLR geng-geng photography..sampaikan kat tebing bangunan tingkat 3 pun kami layan bergambar! [*rindu sangat dengan kak maysara..kat mana dia sekarang? cari kat FB tak jumpa...hukhuk]
  • kami shopping dr satu mall ke satu mall bila PTPTN dah masuk...[sampaikan kosmetik kat guardian licin dikerjakan student UiTM...]
  • kami lepak lama-lama kat seksyen 2 sambil menikmati ABC special yang sungguh SPECIAL...sampai la ni belum jumpa ABC sesedap rasa seksyen 2....
  • kami melawat education fair organised by British or Australia Council [dengan harapan setinggi gunung yang suatu hari nanti nak further studies kat sana...*sampai sekarang masih lagi berharap, mudah2an tercapai...]
Owh!.....macam-macam yang kami lakukan bersama....terlalu banyak yang nak diimbas...terlalu klasik untuk diingati. sungguh sy rasa sangat rindu. zaman itu tak mungkin kembali lagi...dan sekarang sahabat-sahabat sy sudah ramai yang berjaya dalam karier dan keluarga...ALHAMDULILLAH...sy sangat bersyukur dan tumpang berbahagia dengan apa yang mereka perolehi...mudah-mudahan suatu hari ini ALLAH takdirkan kami untuk berjumpa semula, berkumpul dan berkongsi cerita berbagi rasa....


SALAM RINDU BUAT SEMUA TEMAN UiTM KU!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...