Powered by Blogger.
RSS

sekadar andaian......

Sebentar tadi seorang teman berbicara....
[tatkala diri sedang ghairah bercerita semula kisah KSRI pada teman-teman sambil mengupas bawang putih untuk Majlis Korban & Aqiqah esok....]

"Patutlah kamu susah nak dapat jodoh...kamu baca terlalu banyak novel..jadi kamu pun mengimpikan lelaki yang SEMPURNA seperti wataknya dalam novel!"

Terus wajah rasa membahang..bukan kerana angin marah datang kerana diri tahu itu bahasa gurauan...lalu, diri sekadar menjawab, membaca novel itu hobi la! jujur, memang diri terkedu dan kelu....rasa macam jawapan yang diberi lari daripada skema!

Dan, ketika sedang memandu pulang ke rumah, bicara teman itu tadi kembali berputar di minda...benarkah diri ini mengimpikan watak lelaki sempurna yang sering dipaparkan dalam novel?
Jika boleh lari sedikit dari realiti...YA, pasti itu menjadi impian setiap orang....
sekurang-kurangnya keinginan itu pasti pernah tertanam dalam impian setiap orang...
diri juga jujur mengakui..tapi, itu adalah impian ketika diri masih remaja...ketika diri masih mentah mengenal erti kehidupan...ketika diri masih cetek mengenal orang.
bila kedewasaan membentuk kematangan...impian itu sudah berubah..sudah mengenal realiti dunia dan kehendak hati yang sebenarnya...

Diri tidak sempurna...maka layakkah digandingkan dengan yang sempurna fizikal dan peribadinya? yang digelar PRINCE CHARMING seperti dalam novel?
TIDAK!
serasa malu jika masih bermimpi untuk mencari yang sempurna...
dari hati, cukuplah jika INSAN itu seorang yang berIMAN..yang berjalan dibumi ALLAH ini bergalaskan syariat Tuhan....yang dapat membimbing diri yang tidak sempurna fizikal dan peribadi ke jalan yang diredhai Ilahi...yang dapat bersama-sama membina keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah...
seandainya, jodoh yang diciptakan oleh ALLAH melebihi dari impian diri yang satu ini, selayaknya diri memanjat kesyukuran yang tidak terhingga...
dan seandainya jodoh yang diciptakan oleh ALLAH tersasar dari impian yang satu ini, selayaknya diri ini tetap bersyukur dan redha....
begitu juga seandainya diri ini tidak ALLAH ciptakan jodoh di dunia...tetap bersyukur dan redha...kerana,

Satu yang diri ini pegang dan genggam...
"kita merancang.....ALLAH juga merancang...tetapi perancangan ALLAH itu yang terbaik...juga, Aturan ALLAH dalam hidup kita yang terbaik pada setiap umur, tempat dan masa..."

apapun, terima kasih teman...kamu membuat saya berfikir dan sentiasa ingat...!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...