Powered by Blogger.
RSS

Imbas Kenangan....

Sudah hampir 6 hari menjadi pengawas STPM di SMK Dato Penggawa Timur...pengalaman kedua sepanjang hampir 3 tahun bergelar guru...

sebenarnya, kalau dikutkan hati memang nak bercuti tanpa memikirkan hal-hal berkaitan sekolah...nak rest kat rumah, melayan tido, makan, tengok tv, surf internet, dan macam-macamlah! itu kalau ikutkan hatila...tp nanti, badan binasa pulak! kenapa? yelah, kalau dah hari-hari sepanjang cuti sekolah itu aje yang dibuat memang badan binasa la...lemak berkumpul berganda, kemalasan pasti berada ditahap paling tinggi...otak pun tak berkembang, jadi tepu...ini bukan teori tipu...tapi pengalaman yang sy sendiri alami ketika bercuti panjang tahun lepas....OMG! sangattttttttttttt boring!!!!! rasa macam nak pecah kepala that time...kadangkala rasa tension sebab tak tahu nak buat apa...atlast, sy pun dengan rajinnya bertandang ke sekolah..buat kerja amal iaitu melawat teman-teman yang bertugas ketika peperiksaan SPM...huiii...

itu yang tahun ni sy kalau boleh nak jaga periksa...tapi nak memilih! boleh gitu? hehehe...asalnya memang nama sy tak ada lansung dalam senarai pengawas SPM tahun ni..kiranya kalau masuk tahun ni [sebelum sy menerima tawaran menggantikan seorang cikgu dari SMK Permas Jaya menjaga STPM], 2 tahun la sy diberi cuti secuti cutinya...haha..mungkin dengan alasan paling kukuh adalah kerana sy Penyelaras SPBT yang mana darjah kesibukannya meningkat ketika awal dan akhir tahun...itu yang sy rasa la...tapi, alhamdulillah...ada juga rezeki sy nak jaga periksa..soal elaun? itu bukan perkara utama ok. [walaupun ada sedikit happy la...tambahan rezeki---->tak nak tipu! [haha]

Eh, panjangnya mukadimah...tajuknya lain, mukadimah pulak da tersasul-sasul ke cerita lain..kalau ikutkan tajuk: Imbas Kenangan, sebenarnya ada 2 kenangan sy nak flashback..

yg pertama pengalaman ketika menjawab salah satu peperiksaan besar dan utama di Malaysia ni, iaitu SPM...bila tengok calon-calon STPM menjawab soalan, teringat kenangan 10 tahun yg lepas [wahhhhhh...macam tak percaya dah sedekad sy meninggalkan zaman persekolahan-terharu!]...terbayang-bayang keadaan dan suasana sy dan teman-teman menjawab kertas soalan dari subjek pertama hingga yang terakhir...kenangan paling tak boleh lupa, masa subjek Ekonomi Asas, sy dan teman-teman yang menjawab di dewan peperiksaan tak dibenarkan menggunakan kalkulator...ayark..masa tu semua buntu! tanpa ada bantahan, kami menjawab dengan bingung dan mengira dengan bengong [hahahaha] digit-digit yang beribu-ribu lemon....bila abis masa menjawab je, kami pun pergilah mengadu dengan Cikgu Zarina dengan deraian airmata . bukan dapat simpati pun, tapi kena bebel sebab kami tak buat bantahan atau sekurang-kurangnya bertanya pada ketua pengawas...nak buat macamana, NASI DAH JADI BUBUR! dan hasilnya sy dapat result EA paling 'BEST' ------>6C
apapun sekarang sy rindu suasana ketika menyarung uniform sekolah! tapi kalau disuruh pakai, tak naklah!haha...


kenangan kedua, sy pernah hampir sebulan lebih menjadi pelajar tingkatan 6 [tahun 2002]...part paling best, ex-f6 student kat SMK Dato Penggawa Timur...maknanya, dikesempatan sy menjaga STPM ni, dapatlah sy kenang-kenangkan memori ketika menjadi pelajar pertama pakai kain warna cream [kain rasmi f6 students]...hahaha..motifnya, waktu tu sy kalau boleh nak jerit, 'tak nak masuk form 6, tak nak pakai uniform sekolah lagi!' hahahahaha...
tapi dek kerana kelembutan dan kerasionalan tazkirah dan nasihat ayah tercinta..maka dengan mengheret kaki , sy melangkah juga ke SMKDPT...ingat lagi kata ayah sy masa tu...'anggap ini antara peluang-peluang terbaik untuk menjejakkan kaki ke Universiti, kalau ada tawaran diploma dari mana-mana U semasa kamu berada di tingkatan 6, masa tu barulah kamu boleh buat pilihan...mana yang lebih baik...'
Alhamdulillah, akhirnya sy dapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Diploma dalam bidang Art & Design di UiTM Melaka...yup, betul kata ayah...ketika itu sy kena buat 'kos lepas'....walaupun pilihan yang sy buat agak kurang menggembirakan ayah [sebab ayah lebih suka sy habiskan F6 dengan harapan sy memilih bidang perguruan], tapi saya teruskan juga pilihan dan impian sy..siapa tak nak masuk U kan??????
[tapi makbul juga doa ayah.....Alhamdulillah]

Ramai juga teman-teman sy yg dapat tawaran diploma waktu tu....tinggallah teman-teman yang meneruskan perjuangan dalam STPM pulak...walaupun kami yang dapat sambung diploma ni pergi dengan hati yang riang riang macam di hari raya, tapi jauh disudut hati tetap rasa sedih tinggalkan teman-teman dan cikgu-cikgu yang mula rapat dan mesra...nak buat macammana, dalam perjuangan menggapai sesuatu, akan ada perkara yang harus dikorbankan!

eh, lupa nak taip....kat SMKDPT, sy jumpa semula dengan............................................................................................................
jeng jeng jeng.............KETUA PENGAWAS YANG MELARANG SY DAN TEMAN-TEMAN JAWAP PAPER EKONOMI MENGGUNAKAN KALKULATOR!!!!! -rupa-rupanya dia cikgu di SMKDPT... rasa-rasanya patut marah tak? marah sikitla [sikit je, ala2 sejemput pisang]...dah namanya manusiakan, lagi-lagi ia melibatkan masa depan..tapi, waktu tu da boleh terima kenyataan dan qada' n qadar Tuhan..bukankah setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya? DIA Maha Mengetahui...

huhu..panjangnya sy membebel malam ni...bosan punya pasal [sebab drama cinta elysa ditangguhkan DEMI memberi laluan kepada perhimpunan agong UMNO]...
apapun, yang dicoretkan sekadar kenangan silam yang terlalu manis untuk dikenang...ketika kita melaluinya, ada rasa pahit, manis mahupun masam....tetapi ketika kita sudah melaluinya, ia menjadi terlalu klasik dan syahdu untuk ingati......

maka itu dinamakan KENANGAN...............

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...