Powered by Blogger.
RSS

Akhirnya.............ke jinjang pelamin juga.

asalnya sy ingin menyampaikan ucap hari jadi di muka buku teman sy...then, sy terbaca satu berita yang............

dia pernah menjadi antara teman yang paling rapat...yang paling memahami walaupun kami berbeza jantina. dan dia pernah sy cuba letakkan di suatu tempat yang paling indah ada dalam diri sy. tapi,tidak pernah berhasil. bertahun juga sy mencuba semenjak dia menghulur salam perkenalan. sebagaimana bukan mudah sy mencuba, begitu juga bukan mudah hubungan kami berjalan...ada on ada off.

tidak sy nafikan, dia selalu berusaha....saya nampak dan saya merasa. malangnya, tempat paling indah itu tetap tidak menjadi milik dia. kalaupun dia pernah merasa marah dengan onar yang sy buat, sy lagi marah dengan diri sendiri. kenapa dan mengapa hati sy tidak boleh menerima...sungguh,persoalan yang sungguh sukar utk sy sendiri jawab....bila sy sndiri tak mampu memberi jawapan, satu-satunya pengharapan sy sandarkan pada YANG MAHA MENGETAHUI...

dan,jawapan yang sy yakini, sy tahu telah menambah luka dalam hati dia. MAAF, sy tak pernah terniat untuk melukai...hanya ALLAH Yang Mengetahui jalan hidup kita semua...DIA tahu apa dan  siapa yang terbaik untuk kita...pilihan sy padu, walaupun kadangkala ada bisikan-bisikan halus yang cuba menggoyahkan...teman, sy memang tak punya ubat untuk diberikan kerana sy bukan doktor cinta kamu. sy cuma mampu berdoa ALLAH akan menganugerahkan kamu insan terpilih yang akan sentiasa berada disisi kamu..yang ikhlas menerima cinta dan kasih sayang kamu... hanya yang terbaik akan menjadi milik kamu...dan kini sy bersyukur kamu telah menemui penawar yang dicari-cari.....

coretan ini bukan tanda penyesalan....kerana sy tak pernah menyesal mengenali dia. malahan sy berasa sangat bersyukur kerana ketika sy sedang berjalan, ALLAH pertemukan sy dengan dia...seorang insan yang banyak mengajar sy erti kehidupan...walaupun kami pernah cuba sama-sama berjalan, tapi akhirnya terpisah di satu persimpangan...

dan kami terus juga berjalan...bila sy menoleh, dia telah bertemu satu lagi persimpangan yang jalannya dipenuhi bunga-bunga dan rama-rama yang bewarna-warni...
sy senyum...dan sy melambaikan tangan kepadanya...

di depan, masih jauh perjalanan dan pencarian sy....doakan sy pula ya teman!
TAHNIAH dari sekeping hati yang pernah melukai kamu......





kenangan yang tidak akan dipadamkan,
DPLI-2008 until now.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...