Powered by Blogger.
RSS

kaki novel!

dari satu naskah ke satu naskah...
bulan ni rasanya mencatat rekod paling tinggi..tak sangka, diam tak diam 11 naskah novel saya beli bulan ni...looks like i'm so addicted dengan novel!

hobi membaca novel ni memang da lama tertanam dalam jiwa semenjak zaman sekolah rendah...dulu, sekadar meminjam novel dari rakan-rakan dan sepupu yang sama-sama menggilai novel. yela, masih bersekolah..belum mampu untuk membeli novel sendiri. nak mintak duit kat mak dan ayah semata-mata nak beli novel, rasa macam tak patut pulak..lebih baik beli buku rujukan..hehe...nasib baiklah masa tu yang paling rela meminjamkan novel kat saya adalah my best buddy~~~>Yanie n my best cousin~~~>Ma..
dan saya berangan, kalau dah kerja nanti nak beli semula novel-novel yang saya dah baca...siap listkan tajuk-tajuk novel yang saya dah baca...tapi malangnya, buku yang saya catat tajuk novel tu semua, missing in action!

paling best masa kat sekolah dulu, saya and the geng yang kaki novel ni berkongsi minat dengan cikgu subjek Geografi kami dulu~~~>Pn Norhayati...lepas je habis p&p, kitaorg pun mulalah bercerita pasal novel terbaru n siap bertukar-tukar novel dengan cikgu Yati...sampai sekarang tak boleh lupa kenangan tu...huhuhu..

bila masuk U, masih lagi berminat dengan novel, cuma tak kerap membaca sebab sibuk study n buat artwork [yelah tu kan..hehehe]...tambah pulak masa tu drama-drama korea mula terkenal...secara tak lansung hobi membaca dilupakan seketika sebab sibuk pulak melayan Kdrama dengan geng-geng yang memang peminat korea jugak...sehingga dah bekerja kat IDWAL SYSTEMS n sambung study DPLI kat UTM, masih lagi melayan Kdrama...bila da kerja, start mengumpul cd drama pulak..tapi tak bolehla beli selalu...mahal wooo cd korea nih...hehehe...

bila posting kat sekolah sekarang, dua-dua hobi macam terlupakan....mungkin sebab nak kena adapt dengan suasana kerja baru yang SANGAT mencabar! saya fokus dengan kerja je...nak baca novel atau melayan Kdrama macam tak cukup masa...drama-drama kat tv pun tak berapa nak layan dah...punyalah sibuk!....hahaha...

tapi sejak pertengahan tahun ni, mata dah mula jeling-jeling kat kedai buku..kaki dah mula melangkah masuk kedai buku semata-mata nak cari novel [tahun-tahun sebelum ni masuk kedai buku sebab nak cari buku rujukan n buku latihan tuk p&p je]....tangan pun da mula pandai belek-belek novel..baca sinopsis...dan akhirnya, pejam mata beli 2-3 buah sekaligus! sampaikan buat member card Harris kat Jusco..tiap-tiap minggu ada jela muka saya kat Harris!

bukan setakat Harris, kat Pustaka Arris pun, selalu saya jengah...tapi paling best kat Pustaka Arris ni saya dapat diskaun tanpa guna member card! sebabnya, tauke Pustaka Arris ni x-classmate saya dulu...pekerja dia pun da kenal saya..siap rekomen novel mana yang best...eh,kenapa la dia tak bagi free je??????hahahahaha! melampau la tu kan!

my dear Faizah, jangan jeles ya! kehkehkeh..

tapi, kadang-kadang saya fikir juga...kenapa saya begitu tahan membaca dari satu novel ke satu novel..non stop! mak dan adik beradik saya pun naik hairan..saya ni tak bosan ke? tak penat ke? tak ada kerja lain ke? tak termuntah ke mengadap novel hari-hari?
dan rasanya saya ada jawapan untuk semua soalan tu....
jawapan yang dapat saya cungkil dari dalam hati...
rasanya biarlah saya simpan jawapan itu...
sebab apa yang saya lakukan sekarang dapat menghiburkan hati saya...
dapat buat saya gembira...
dapat buat saya rasa selesa dan bahagia....

bahagia kerana membaca novel?
ya....
walau ceritera itu sekadar rekaan..hanya imiginasi...
tapi saya rasa saya menjadi sebahagian dari ceritera itu bila membacanya....
ada cerita indah...ada kisah duka....ada iktibar dan pengajaran....
macam-macam jenis ceritera yang ada...saya tabik dengan penulis-penulis yang mampu bermain dengan emosi pembaca seperti saya!


em, masih ada 3 naskhah untuk dibaca...dan saya tak sabar nak ke Harris dan Pustaka Arris lagi!








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...