2-0
yes! Alhamdulillah Malaysia ku tercinta menang lagi...harapnya masa perlawanan timbal balik di Lahore, Pakistan nanti Harimau Muda A mampu menambah jaringan sekaligus mengumpul mata..buat rakyat Malaysia semua, doakan kejayaan pasukan Malaysia.ok!
CL tak nafikan, kejayaan skuad Piala Suzuki 2010 mmg banyak membuka mata rakyat Malaysia dan negara luar...inilah kebangkitan pasukan Malaysia yang dinanti-nantikan...CL sendiri pada asalnya bukanlah minat ngan bola sepak ni...kalo minat pun cuma kat David Beckham je..haha
[sebab CL sangat minat badminton and bowling]
nama pemain Malaysia memang CL tak tahu sangat...bukanlah tak tahu lansung, tapi buat tak kisah je...sekarang dah banyak tahu k....
ingat lagi dulu-dulu kalau ayah dan abang-abang CL nak tengok bola, muka CL pun mula la cemberut...yela, nak tak nak kena la bagi laluan dekat ayah dan abang CL..bukan tak ada tv lain, tapi tv yg ada astro tu juga yang direbutkan..
tapi sekarang, bila je ada game yang melibatkan pasukan Malaysia and of course Kelantan [pasukan negeri pilihan], semua akan berkumpul depan tv...bagi sokongan padu...yang paling best siap ada kudap-kudapan lagi...mak CL tak layan bola, tapi dia akan duduk sekali sebab nak tengok kerenah kitaorang semua, lagi-lagi masa goal..haha...
sekarang ni CL fikir, bola ni boleh menyatukan keluarga..mengumpul ahli keluarga untuk duduk bersama-sama. zaman sekarang ni nak membina institusi keluarga yang bahagia bukan mudah...anak-anak yang membesar masing-masing ada hal sendiri...masa nak bersama keluarga kurang...tapi dengan adanya bola ni, sedikit sebanyak boleh mengeratkan hubungan sesama keluarga, rakan-rakan, kaum, dan sebagainya...abang CL sendiri yang dah kahwin, kalau ada game bola mesti datang rumah parents CL untuk sama-sama menyokong sekaligus membuatkan suasana rumah family CL gamat...lagi-lagi 3 orang budak genit tu sama-sama bersorak...so, memang ada kebaikannya...setuju tak dengan CL?
cerita pasal bola buat CL lupa tentang 'tension' yang melanda...oleh kerana game tadi Malaysia menang, CL tak ada mood nak cerita pasal tension CL..nanti lain masa CL cerita..oppps!bukan CL sengaja nak mengada-ngada hebahkan 'tension' CL ni, tapi CL rasa ada cerita pengajaran disebaliknya yang boleh CL dan semua yang sudi baca blog CL ni fikirkan bersama...mungkin cerita 'Tension" ni CL post di lain entry ya....
CL nak bersorak lagi sebelum tido..hehe
tension+bola=happy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 comments:
Post a Comment