fizikal dan mental...
kepenatan yang amat setelah mengharung 3 minggu yang teramat sibuk...bermula dengan persiapan ke festival layang-layang sedunia 2011, pembikinan kertas ujian bulanan 1 [KHB dan PSV], mengiringi pelajar ke Bengkel Layang-Layang sempena festival Layang-Layang Sedunia 2011 [4 hari], menanda kertas jawapan Ujian bulanan 1, persiapan Minggu Anti Dadah & Rokok, dan mengambil gambar serta mengiringi pelajar ke pertandingan Perahu Layar peringkat MSSJ 2011 [2 hari]...
kesibukan CL masih tak berhenti...dan esok,
akan bermulanya Minggu Anti Dadah & Rokok 2011..pertama kali CL jadi penyelaras, rasa macam kelam-kabut...macam-macam program yg nak dijalankan...apapun CL sangat bersyukur sebab CL dibantu dengan rakan-rakan yang begitu menyokong dan komited...credits buat kakak, kak kavita, kak conyel, kak ros, dan semua AJK yang terlibat..harapnya program ini berjalan dengan lancar serta memberi manfaat kepada semua pelajar serta guru-guru SMKTPR...
dan, dalam pada masa yang sama...mulai esok juga CL dan guru-guru penasihat Kadet Polis akan sibuk membimbing serta melatih 2 platun untuk menyertai pertandingan Kawad Kaki peringkat Sekolah....macam tak menang tangan dibuatnya...tapi CL berharap ALLAH SWT akan terus memberi kekuatan kepada CL dan rakan-rakan guru untuk terus bertugas dan memberi yang terbaik dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut....
sumber gambar2:google.com
p...e...n...a...t....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 comments:
Post a Comment